Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Amaran Ribut Petir Di 5 Negeri – METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan hingga 12 tengah hari, hari ini.
Dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah Kedah, Perak, Pahang, Johor dan Sarawak, selain keseluruhan negeri Pulau Pinang.
“Di Kedah, daerah terlibat adalah Langkawi, Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu, manakala Perak membabitkan daerah Kerian dan Larut, Matang Dan Selama.
“Di Pahang, daerah terlibat adalah Rompin, manakala Johor membabitkan daerah Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
“Sementara itu, negeri Sarawak pula membabitkan daerah Kuching (Bau dan Kuching), Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Kapit (Kapit) dan Bintulu,” maklum METMalaysia.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
BACA: Kereta Tergelongsor Ke Dalam Sungai, Dua Beradik Maut
BACA: Kanak-Kanak Maut: Niat Pasangan Suami Isteri Berinfak Jadi Majlis Tahlil
BACA: JHEAINS Akan Bantu Urus Jenazah Dua Kanak-Kanak Lemas Selepas Kenal Pasti Status Agama
Sumber: METMalaysia