Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Amaran Ribut Petir Di 5 Negeri – METMalaysia

Hannah
Amaran Ribut Petir
Gambar: BERNAMA

Amaran Ribut Petir Di 5 Negeri – METMalaysia

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan hingga 4 petang, hari ini.

Dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Sabah, selain keseluruhan Perlis.

“Di Kedah, daerah terlibat adalah Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

“Di Pulau Pinang, daerah terlibat adalah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan. Manakala, daerah terlibat di Perak adalah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kinta, Perak Tengah, Kampar dan Batang Padang.

“Di Sabah pula, daerah terlibat adalah Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid dan Beluran) dan Kudat,” maklum METMalaysia.

Orang ramai diminta waspada

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

BACA: Ibu Kritikal, Anak Kongsi Keadaan Ayah Runtun Hati Ramai

Sumber: METMalaysia