Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Amaran Ribut Petir Di 6 Negeri – METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan hingga 5 petang, hari ini.
Dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah negeri Kedah, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah, selain keseluruhan negeri Melaka.
“Di Kedah, daerah terlibat adalah Langkawi, manakala Negeri Sembilan membabitkan daerah Tampin dan Johor membabitkan daerah Tangkak dan Muar.
“Di Sarawak pula, daerah terlibat adalah Sibu (Selangau), Mukah (Mukah) dan Limbang.
“Sementara itu, negeri Sabah membabitkan daerah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Sandakan (Sandakan) dan Kudat,” maklum METMalaysia.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
BACA: Kisah Sebenar Di Sebalik Nama Stesen MRT “Kalantan Station” Di Thailand
Sumber: METMalaysia