Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Amaran Ribut Petir Di 6 Negeri – METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan hingga 1 tengah hari, hari ini.
Dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sarawak.
“Di Perak, daerah terlibat adalah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar, manakala Kelantan membabitkan daerah Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang.
“Di Terengganu, daerah terlibat adalah Dungun dan Kemaman, manakala Pahang membabitkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Maran, Kuantan dan Pekan serta Johor membabitkan Muar, Batu Pahat, Kluang dan Pontian.
“Sementara itu, daerah terlibat di Sarawak pula adalah Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan dan Sarikei) dan Mukah (Tanjung Manis),” maklum METMalaysia.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
BACA: Wanita Rusia Dedah Perkara Yang Hanya ‘Masuk Akal’ Di Malaysia
BACA: Ramai Boleh “Relate” Bila Mat Saleh Share ‘Nasib Kurang Baik’ Di Malaysia
BACA: Lelaki Indonesia Dedah Sebab Malaysia Negara ‘Aneh’
Sumber: METMalaysia