Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Amaran Ribut Petir Di 9 Negeri, 1 WP - METMalaysia

Amaran Ribut Petir
Gambar: BERNAMA

Amaran Ribut Petir Di 9 Negeri, 1 WP - METMalaysia

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan hingga 8 malam, hari ini.

Dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Johor, Sarawak dan Sabah.

Selain itu, keadaan serupa dijangka berlaku di keseluruhan negeri Perlis dan Kedah, serta WP Kuala Lumpur.

"Di Perak, daerah terlibat adalah Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

"Di Terengganu, daerah terlibat adalah Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun. Manakala, Pahang membabitkan daerah Raub, Bentong, Temerloh, Bera, Pekan dan Rompin.

"Di Selangor pula, daerah terlibat adalah Hulu Selangor, Gombak dan Petaling, manakala Johor membabitkan daerah Kluang, Mersing dan Kota Tinggi," maklum METMalaysia.

Sementara itu, daerah terlibat di Sarawak adalah Sibu (Kanowit), Kapit (Song) dan Miri (Subis dan Beluru).

Manakala, di Sabah membabitkan Pedalaman (Sipitang), Pantai Barat (Kota Belud), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas).

Orang ramai diminta waspada

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.