Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Amaran Ribut Petir Di 9 Negeri – METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan hingga 6 petang, hari ini.
Dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah, selain keseluruhan negeri Perlis.
“Di Kedah, daerah terlibat adalah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling, manakala Perak membabitkan daerah Hulu Perak.
“Di Kelantan, daerah terlibat adalah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh.
“Di Terengganu pula, daerah terlibat adalah Besut dan Setiu, selain daerah Bera dan Pekan di Pahang serta daerah Jempol di Negeri Sembilan,” maklum METMalaysia.
Sementara itu, di Sarawak pula membabitkan daerah Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong (Betong), Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.
Manakala, Sabah membabitkan daerah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Tawau dan Lahad Datu), Sandakan (Tongod, Kinabatangan dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu).
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
BACA: Kereta Tergelongsor Ke Dalam Sungai, Dua Beradik Maut
BACA: Kanak-Kanak Maut: Niat Pasangan Suami Isteri Berinfak Jadi Majlis Tahlil
BACA: JHEAINS Akan Bantu Urus Jenazah Dua Kanak-Kanak Lemas Selepas Kenal Pasti Status Agama
Sumber: METMalaysia