Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Amaran Ribut Petir Di Beberapa Negeri Hingga 10 Malam Ini

ribut
Gambar hiasan ribut.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia dan Sarawak sehingga pukul 10 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, amaran yang dikeluarkan pada pukul 7.50 malam, Selasa, 27 Oktober 2026 itu melibatkan beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sarawak.

Di Kedah, kawasan terlibat ialah Kuala Muda, Yan, Bandar Baharu dan Kulim, manakala di Perak melibatkan Kerian, Selama dan Hulu Perak.

Amaran turut melibatkan seluruh Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu.

Di Pahang, kawasan yang dijangka terjejas ialah Rompin, Pekan, Kuantan, Jerantut, Maran, Bera, Lipis dan Cameron Highlands. Sementara itu, di Johor, kawasan terlibat ialah Segamat dan Kluang.

Bagi Sarawak, amaran berkenaan melibatkan Miri, khususnya Marudi, Limbang serta Kapit, khususnya Belaga.

Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda tanda yang menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam, yang hampir berlaku atau dijangka berterusan melebihi satu jam.

MetMalaysia menjelaskan, amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Intipati
  • MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir hingga 10 malam di beberapa negeri.
  • Amaran melibatkan Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sarawak.
  • Amaran ribut petir sah tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran MetMalaysia.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan