Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Amaran Ribut Petir Di Kebanyakan Kawasan – METMalaysia

Hannah
Amaran Ribut Petir
Gambar: BERNAMA

Amaran Ribut Petir Di Kebanyakan Kawasan – METMalaysia

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan kawasan hingga 9 malam ini.

Dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan dan Sarawak.

Tidak hanya itu, keadaan sama dijangka turut melanda keseluruhan negeri Pahang serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Di Kedah, daerah terlibat adalah Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, manakala Perak membabitkan daerah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

“Di Kelantan, daerah terlibat adalah Tumpat, Pasir Mas dan Gua Musang, selain Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman di Terengganu.

“Di Selangor pula, daerah terlibat adalah Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat, manakala Negeri Sembilan membabitkan Jempol,” maklum METMalaysia.

Sementara itu, daerah terlibat di Sarawak pula adalah Betong (Pusa, Saratok dan Kabong), Kapit (Kapit, Bukit Mabong dan Belaga), Bintulu (Tatau) dan Miri (Miri dan Marudi).

Orang ramai diminta waspada

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

BACA: Budaya Buli Perlu Dibendung Sejak Sekolah Rendah – Agong

Sumber: METMalaysia