Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Amaran Ribut Petir Di Kebanyakan Kawasan – METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan hingga 6 petang ini.
Dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah Kedah, Perak, Kelantan, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.
Tidak hanya itu, keadaan sama dijangka turut melanda keseluruhan negeri Terengganu serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan.
“Di Kedah, daerah terlibat adalah Baling, Kulim dan Bandar Baharu, manakala Perak membabitkan daerah Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta.
“Di Kelantan, daerah terlibat adalah Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang, selain Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Bera, Pekan dan Rompin di Pahang.
“Di Selangor pula, daerah terlibat adalah Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat, manakala Negeri Sembilan membabitkan Jelebu dan Jempol.
“Selain itu, daerah terlibat di Melaka pula adalah Jasin, manakala Johor membabitkan Tangkak, Segamat, Muar, Kluang dan Mersing,” maklum METMalaysia.
Sementara itu, daerah terlibat di Sarawak adalah Kapit (Kapit dan Belaga) dan Bintulu (Tatau dan Sebauh).
Manakala di Sabah, membabitkan daerah Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
BACA: Johor Digegar Gempa Bumi Lagi, Kali Ini 3.2 Magnitud
Sumber: METMalaysia