Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Amaran Ribut Petir Di Sabah, Sarawak Hingga 6 Petang

ribut
Kredit: Bernama

Amaran Ribut Petir Di Sabah, Sarawak Hingga 6 Petang

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak yang dijangka berterusan sehingga pukul 6 petang ini.

Dalam kenyataannya, MetMalaysia berkata cuaca buruk termasuk hujan lebat dan ribut petir dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah, khususnya di pedalaman melibatkan Nabawan.

Menurutnya, kawasan Pantai Barat yang terlibat ialah Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud.

Selain itu, daerah di Sandakan seperti Tongod dan Beluran serta kawasan Kudat membabitkan Kota Marudu dan Pitas turut dijangka menerima kesan sama.

Bagi Sarawak pula, MetMalaysia berkata keadaan cuaca tidak menentu dijangka berlaku di beberapa kawasan termasuk Kuching dan Samarahan termasuk Asajaya.

Turut terlibat ialah kawasan Julau, Sibu, serta beberapa daerah di Mukah seperti Matu, Dalat dan Mukah.

Selain itu, kawasan Song, Tatau dan Limbang juga dijangka berdepan cuaca sama.