Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa negeri di Malaysia.
Menurut MetMalaysia dalam kemaskini terbaharu pada jam 4:05 petang, ribut petir dan hujan lebat dijangka membadai di 15 buah negeri sehingga 7 malam ini.
Berikut merupakan beberapa negeri dan kawasan yang dijangka terlibat:
Perlis
Kedah
Pulau Pinang
Perak: Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.
Kelantan: Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang.
Terengganu: Hulu Terengganu.
Pahang: Tanah Tinggi Cameron, Bera dan Rompin.
Selangor: Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.
WP Kuala Lumpur
WP Putrajaya
Negeri Sembilan: Seremban.
Johor: Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Sarawak: Limbang.
Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu), Sandakan dan Kudat.
WP Labuan
Orang awam yang berada berdekatan di kawasan yang terlibat dinasihatkan agar berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kejadian berlaku.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia