Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di 10 Negeri, 1 Wilayah

hujan lebat

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di enam negeri 9 malam ini.

Hujan Lebat Di 10 Negeri, 1 Wilayah

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak, Sabah, seluruh negeri Perlis dan WP Kuala Lumpur.

“Di Kedah, daerah yang diramal hujan adalah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Yan, Pendang, Pokok Sena dan Padang Terap. Manakala di Perak pula seperti Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Perak Tengah.

“Sementara di Kelantan pula termasuk Jeli, Tanah Merah, Pasir Mas, Tumpat, Machang, Kota Bharu, Pasir Puteh, Bachok dan Kuala Krai. Selain di Terengganu seperti Kuala Nerus, Setiu, Kuala Terengganu, Marang dan Besut.

“Di Pahang, beberapa kawasan diramal hujan antaranya daerah Jerantut, Raub, Temerloh, Bentong dan Bera. Selain itu, di Selangor pula melibatkan Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.

“Bagi Negeri Sembilan, hanya daerah Jelebu dijangka hujan.

“Beralih ke Sarawak, kawasan yang dijangka hujan adalah Kapit (Song), Sibu (Kanowit dan Selangau), Sarikei (Julau), Mukah (Matu, Dalat, Daro dan Tanjung Manis), Kuching, Bintulu (Tatau).

“Bagi Sabah pula di Pedalaman (Tambunan dan Pensiangan), Pantai Barat (Ranau), Sandakan (Telupid, Paitan dan Labuk & Sugut),” maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.


Intipati
  • MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang hingga malam ini.
  • Amaran melibatkan 10 negeri dan WP Kuala Lumpur, termasuk seluruh Perlis serta beberapa daerah.
  • Penduduk kawasan terlibat dinasihatkan berwaspada, mengelakkan aktiviti luar dan mengikuti saluran rasmi.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan