Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di 10 Negeri, 2 Wilayah Malam Ini

hujan lebat
Kredit: Bernama

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di 10 negeri dan dua Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 9 malam ini.

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak, Sabah dan seluruh WP Kuala Lumpur serta WP Putrajaya.

Hujan Lebat Malam Ini

"Di Kedah dan Perak masing-masing hanya satu daerah diiramal hujan iaitu di Baling dan Hulu Perak. Manakala di Kelantan pula melibatkan kawasan Kuala Krai, Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh, Pasir Mas, Kota Bharu, Tumpat dan Bachok.

"Di Terengganu pula melibatkan kawasan daerah Hulu Terengganu, Setiu, Kuala Nerus dan Besut. Beralih ke Pahang termasuk daerah Kuantan, Pekan, Rompin dan Bera.

"Selain itu, di Selangor melibatkan kawasan Hulu Langat, Sepang, Petaling, Gombak dan Hulu Selangor. Sementara di Negeri Sembilan seperti Jempol, Jelebu, Seremban dan Kuala Pilah.

"Di Johor, beberapa daerah diramal hujan petang ini seperti Johor Bahru, Kulai, Kluang, Kota Tinggi, Mersing dan Segamat.

"Beralih ke Sarawak, kawasan yang diramal hujan adalah Limbang (Lawas), Kuching, Serian (Tebedu). Selain itu di Sabah pula seperti Sandakan (Kinabatangan, Sandakan dan Tongod)," maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Intipati
  • MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang sehingga 9 malam.
  • Amaran itu melibatkan 10 negeri serta seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
  • Orang ramai dinasihatkan berwaspada, mengelakkan aktiviti luar dan mengikuti saluran rasmi MetMalaysia.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan