Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri, 1 Wilayah Petang Ini

Hujan lebat petang ini
Kredit: Bernama

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan lapan negeri serta satu Wilayah Persekutuan sehingga jam 6 petang ini.

Hujan lebat petang ini

Menurut kenyataan MetMalaysia, kawasan terlibat merangkumi beberapa daerah di Kedah, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak, Sabah dan W.P. Labuan.

“Di Kedah, daerah yang diramal hujan adalah Padang Terap, Sik dan Baling. Manakala di Kelantan pula melibatkan kawasan Bachok, Pasir Puteh, Kota Bharu, Pasir Mas dan Tumpat.

“Di Terengganu, kawasan yang diramal hujan adalah Dungun, Kemaman dan Marang. Manakala di Negeri Sembilan melibatkan kawasan Tampin dan Rembau.

“Selain itu, di Melaka melibatkan kawasan Alor Gajah dan Jasin, sementara di Johor melibatkan daerah Johor Bahru, Kulai, Pontian, Kota Tinggi dan Kluang.

“Beralih ke Sarawak, kawasan yang diramal hujan adalah Mukah (Mukah), Bintulu (Tatau), Sibu (Selangau), Kuching.

“Bagi Sabah pula, daerah yang diramal hujan adalah Pedalaman, Pantai Barat, Kudat, Sandakan (Tongod), Tawau (Kalabakan dan Tawau).

“Selain itu, W.P. Labuan turut dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang,” menurut kenyataan tersebut.

Sehubungan itu, orang ramai khususnya yang berada di kawasan terlibat dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada terhadap perubahan cuaca secara mendadak.

Orang ramai juga digalakkan mengelakkan aktiviti luar ketika ribut petir serta mengikuti perkembangan dan amaran cuaca terkini menerusi saluran rasmi MetMalaysia.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko kejadian tidak diingini susulan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang.

Kredit: Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia

Intipati
  • MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga 6 petang.
  • Amaran itu melibatkan kawasan terpilih di lapan negeri serta Wilayah Persekutuan Labuan.
  • Orang ramai dinasihatkan berwaspada dan mengikuti perkembangan cuaca menerusi saluran rasmi MetMalaysia.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan