Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 9 negeri, 2 Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 7 malam ini.
Menurut amaran yang dikeluarkan, beberapa negeri yang terlibat adalah Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Johor, Sarawak, Sabah dan seluruh WP Kuala Lumpur serta Labuan.
Beberapa negeri diramal hujan lebat
“Di Kedah, daerah yang diramal hujan adalah Baling, Kulim, Padang Terap dan Sik. Manakala di Perak pula termasuk Hulu Perak, Selama, Hilir Perak, Bagan Datuk, Batang Padang, Perak Tengah, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Muallim.
“Sementara itu di Kelantan pula termasuk Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang dan Terengganu hanya di daerah Besut.
“Di Pahang, tiga daerah diramal hujan Raub, Bentong, Lipis dan Cameron Highlands. Selain itu di Selangor pula merangkumi Gombak, Petaling dan Hulu Selangor.
“Di Johor, beberapa kawasan diramal hujan seperti Kulai, Kota Tinggi, Johor Bahru, Pontian, Batu Pahat dan Kluang.
“Beralih ke Sarawak, kawasan yang dijangka hujan adalah Samarahan, Serian, Kuching (Kuching dan Bau), Sri Aman (Pantu), Bintulu (Sebauh dan Bintulu), Miri (Subis dan Marudi), Limbang.
“Bagi Sabah pula termasuk Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort, Sipitang, Tenom, Sook, Keningau, Tambunan dan Membakut), Pantai Barat, Sandakan (Telupid dan Kinabatangan), Tawau (Lahad Datu dan Kunak),” maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
