Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 9 negeri, 2 Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 6 petang ini.
Menurut amaran yang dikeluarkan, beberapa negeri yang terlibat adalah Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak, Sabah dan seluruh WP Putrajaya serta Labuan.
Beberapa Negeri Hujan Lebat
“Di Perak, kawasan yang diramal hujan adalah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Selama. Manakala di Kelantan pula termasuk Jeli dan Gua Musang.
“Selain itu di Terengganu termasuk Dungun, Hulu Terengganu dan Kemaman sementara di Pahang selain Pekan, Lipis, Jerantut, Kuantan, Raub, Temerloh, Bentong, Maran, Rompin dan Cameron Highlands.
“Selangor pula beberapa daerah dijangka hujan seperti Sepang dan Hulu Langat. Di Negeri Sembilan pula merangkumi Jelebu, Seremban, Port Dickson, Rembau dan Kuala Pilah.
“Di Johor pula termasuk Kota Tinggi, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.
“Beralih ke Sarawak hanya kawasan Limbang, Miri (Bario). Di Sabah termasuk Kudat, Pantai Barat, Pedalaman (Tambunan, Sipitang, Beaufort, Membakut, Keningau, Tenom dan Kuala Penyu), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan dan Paitan),” maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
