Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat membabitkan beberapa kawasan di sembilan negeri sehingga pukul 8 malam ini.
Hujan Lebat Di Beberapa Negeri
Menerusi amaran yang dikeluarkan, negeri yang terlibat ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.
“Di utara tanah air, amaran berkenaan melibatkan seluruh Perlis dan Pulau Pinang.
“Sementara itu, kawasan terjejas di Kedah ialah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Kuala Muda, Yan, Pendang, Pokok Sena, Kulim dan Bandar Baharu.
“Di Perak pula, kawasan yang dijangka mengalami ribut petir dan hujan lebat ialah Kerian, Selama, Larut Matang, Kinta, Kampar, Perak Tengah, Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak.
“Amaran turut melibatkan Hulu Terengganu di Terengganu, manakala di Selangor, kawasan yang disenaraikan ialah Sepang, Kuala Langat dan Sabak Bernam.
“Bagi Negeri Sembilan, amaran cuaca tersebut melibatkan Seremban dan Port Dickson.
“Di Sarawak, kawasan yang terlibat ialah Kuching, Sarikei, bahagian Sibu meliputi Kanowit dan Sibu, bahagian Mukah membabitkan Tanjung Manis dan Daro, serta bahagian Betong meliputi Saratok dan Kabong.
“Bagi Sabah pula di Pantai Barat (Tuaran, Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Papar dan Ranau), Pedalaman (Tambunan, Membakut dan Keningau), Sandakan (Kinabatangan),” maklum MetMalaysia.
Justeru, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
Orang awam dinasihatkan supaya sentiasa merujuk laman web rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my, media sosial rasminya atau aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat cuaca terkini dan sahih.
