Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di Kebanyakan Negeri Hingga Malam Ini

Hujan Lebat
Kredit: Bernama

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat membabitkan beberapa kawasan di 10 negeri serta dua Wilayah Persekutuan sehingga jam 9 malam ini.

Menurut amaran yang dikeluarkan, negeri terlibat ialah Kedah, Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.

Amaran sama turut melibatkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan.

Hujan Lebat Hingga 9 Malam

Di Kedah, kawasan yang dijangka terjejas ialah Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Baling, Sik, Pendang, Kuala Muda dan Yan.

Sementara itu, di Perak, amaran meliputi Selama, Larut Matang, Manjung, Kerian dan Hulu Perak.

Di Terengganu, kawasan terlibat ialah Dungun, manakala di Pahang pula membabitkan Jerantut dan Lipis.

Bagi Selangor, amaran dikeluarkan untuk Hulu Selangor, Sabak Bernam, Kuala Selangor, Petaling dan Gombak, selain turut meliputi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Turut tersenarai ialah Tampin di Negeri Sembilan, Jasin di Melaka serta Tangkak dan Muar di Johor.

Beralih ke Sarawak, kawasan yang terlibat merangkumi Kapit (Song dan Kapit), Miri (Marudi, Miri, Beluru dan Bario), Limbang serta Sri Aman (Pantu, Lingga dan Lubok Antu), Sibu (Sibu dan Selangau), Bintulu (Tatau) serta Kuching (Lundu).

Di Sabah pula, kawasan terlibat ialah Pedalaman, Pantai Barat (Papar dan Ranau) serta Sandakan (Tongod, Telupid dan Paitan). Amaran sama turut dikeluarkan bagi Wilayah Persekutuan Labuan.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut

Intipati
  • MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat sehingga jam 9 malam.
  • Amaran membabitkan kawasan di 10 negeri serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan.
  • Orang ramai dinasihatkan berwaspada, mengelakkan aktiviti luar dan mengikuti saluran rasmi MetMalaysia.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan