Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di tujuh negeri sehingga jam 6 petang ini.
Hujan Lebat Di Beberapa Negeri
Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.
“Di Kedah, daerah yang diramal hujan adalah Kulim, Baling dan Sik. Manakala di Kelantan pula hanya Jeli dan Gua Musang.
“Selain itu, di Terengganu pula di Setiu dan Kuala Nerus dan Pahang hanya di daerah Cameron Highlands.
“Di Johor pula hanya melibatkan kawasan Mersing dan Kota Tinggi.
“Beberapa daerah di Sarawak juga dijangka hujan seperti Limbang, Miri (Marudi), Kapit, Bintulu, Mukah (Mukah), Sibu (Selangau dan Kanowit) dan Kuching (Lundu).
“Beralih ke Sabah pula seperti Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Membakut, Keningau, Sook dan Tambunan), Pantai Barat (Papar dan Ranau), Sandakan (Paitan, Telupid dan Labuk & Sugut) dan Kudat (Kota Marudu),” maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.


