Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan kemas kini status cuaca panas di seluruh Malaysia.
17 Kawasan Pada Tahap Berjaga-Jaga
Menurutnya, terdapat 10 kawasan di Semenanjung kini berada pada Tahap 1 atau tahap berjaga-jaga.
Ia melibatkan (Kuala Kangsar, Kampar, Batang Padang) Perak, (Machang & Kuala Krai) Kelantan, (Temerloh & Pekan) Pahang, (Hulu Selangor & Gombak) Selangor dan (Segamat) Johor.

Sementara di Sabah pula merekodkan 4 kawasan pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) iaitu Beufort, Tenom, Pitas dan Beluran.

“Tiga lagi kawasan di Sarawak pula berada pada Tahap 1 melibatkan kawasan Limbang, Telang Usan dan Marudi.

“Tahap berjaga-jaga menyaksikan suhu maksimum harian 35-37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut,” kata MetMalaysia dalam kenyataan hari ini.
Orang ramai boleh merujuk maklumat terkini status cuaca panas harian di https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/.
