Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di tujuh negeri sehingga jam 6 petang ini.
Hujan Lebat Di Beberapa Negeri
Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri Kedah, Perak, Johor, Sarawak, Sabah dan seluruh kawasan Perlis dan Pulau Pinang.
“Di Kedah, daerah yang diramal hujan adalah Bandar Baharu, Kulim, Baling, Sik dan Kuala Muda. Manakala di Perak pula melibatkan kawasan Selama, Larut Matang, Kerian, Perak Tengah, Manjung, Kuala Kangsar dan Hulu Perak.
“Sementara di Johor melibatkan kawasan Kluang dan Kota Tinggi.
“Beralih ke kawasan Sarawak pula melibatkan kawasan Betong, Bintulu (Tatau), Sarikei, Sri Aman (Lubok Antu), Limbang (Lawas), Mukah (Tanjung Manis), Kuching (Kuching dan Bau), Sibu, Kapit (Song, Kapit dan Belaga).
“Di Sabah termasuk Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort, Sipitang, Membakut, Sook, Keningau dan Tenom), Sandakan (Kinabatangan, Sandakan dan Paitan), Kudat (Pitas),” maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
