Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Adakah Amaun Dividen Tahunan Yang Dikredit Ke Akaun KWSP Ahli Ditolak Zakat? Baca Penjelasan Ni

Kredit: Google

Amaun dividen tahunan yang dikreditkan ke dalam akaun ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak ditolak zakat.

Sebelum itu, KWSP pada hari ini mengumumkan mengenai kadar dividen Simpanan Konvensional sebanyak 6.10 peratus.

Berdasarkan kenyataan KWSP di Facebook, kadar tersebut adalah bersamaan dengan jumlah agihan dividen sebanyak RM50.45 bilion.

Manakala kadar dividen bagi Simpanan Shariah pula adalah sebanyak 5.65 peratus dengan jumlah agihan dividen berjumlah RM6.27 bilion.

Dalam kenyataan itu, turut timbul persoalan daripada netizen mengenai zakat dalam dividen tersebut. Soal netizen itu bertulis begini;

“Dah siap tolak zakat ke? Ke kena zakat sendiri dividen tu?”

Ini jawapan KWSP:

Amaun dividen tahunan yang dikreditkan ke dalam akaun KWSP ahli tidak ditolak zakat.

KWSP tidak mengeluarkan zakat perniagaan atau membayar zakat simpanan KWSP bagi pihak ahli kerana semua pelaburan KWSP adalah menggunakan simpanan ahli KWSP yang belum menjadi milik sempurna ahli yang merupakan salah satu syarat wajib mengeluarkan zakat.

Ahli KWSP beragama Islam bertanggungjawab membayar zakat ke atas simpanan KWSP yang layak dikeluarkan dan digunakan tanpa sebarang sekatan iaitu mempunyai pemilikan sempurna (Milkut Tam) pada kadar 2.5 peratus tertakluk kepada nisab (kadar minimum yang bersamaan dengan nilai semasa 85 gram emas) seperti yang ditentukan oleh pihak berkuasa zakat negeri masing-masing.

Jenis-jenis pengeluaran yang tertakluk kepada pembayaran zakat adalah:-

  • Pengeluaran Umur 50 Tahun

  • Pengeluaran Umur 55 Tahun

  • Pengeluaran Umur 60 Tahun

  • Pengeluaran Meninggalkan Negara

  • Pengeluaran Pekerja

  • Berpencen & Pengeluaran Pesara Pilihan

  • Pengeluaran Simpanan Melebihi RM1 Juta

Sumber: KWSP