Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Ambil Tahu: Ini Had Masa Simpan Makanan Dalam Peti Sejuk
Gambar AI
Tiada Kategori

Ambil Tahu: Ini Had Masa Simpan Makanan Dalam Peti Sejuk

suhaila

Ambil Tahu: Ini Had Masa Simpan Makanan Dalam Peti Sejuk

Penyimpanan makanan di dalam peti sejuk adalah langkah yang sangat penting untuk memastikan makanan kekal segar, tahan lama, selamat dimakan dan tidak membazir.

Dengan menggunakan peti sejuk yang mempunyai suhu yang betul, kita dapat mengekalkan kualiti makanan dan mengelakkan pembaziran yang tidak perlu.

Namun begitu, ramai di antara kita tidak menyedari bahawa setiap jenis makanan sebenarnya mempunyai tempoh simpanan yang berbeza-beza.

Baik di bahagian chiller mahupun di dalam peti beku (freezer). Selain tempoh simpanan, suhu peti sejuk juga memainkan peranan yang sangat penting dalam menjaga kualiti makanan.

Suhu yang paling sesuai untuk bahagian chiller peti sejuk adalah sekitar 4°C. Manakala suhu yang terbaik untuk bahagian peti beku (freezer) adalah di bawah -18°C.

Suhu yang betul ini membantu memperlahankan pertumbuhan bakteria dan mengekalkan kesegaran makanan lebih lama.

Jika suhu terlalu tinggi, makanan akan cepat rosak, manakala jika terlalu rendah, ia boleh mempengaruhi tekstur dan rasa makanan, terutamanya bagi makanan yang sensitif.

Dalam artikel ini, kami akan memberikan sedikit panduan yang perlu anda ambil tahu mengenai had masa untuk simpan beberapa jenis makanan yang sering disimpan dalam peti sejuk.

Dengan pengetahuan ini, anda dapat merancang dengan lebih bijak, mengelakkan pembaziran, dan memastikan makanan yang disimpan kekal dalam keadaan terbaik untuk dimakan.

Daging

Untuk daging segar, pastikan ia tidak disimpan lebih daripada lima hari di bahagian chiller. Sekiranya ingin menyimpannya lebih lama, peti beku adalah pilihan lebih baik, dengan jangka hayat sekitar empat hingga enam bulan.

Daging kisar pula lebih mudah rosak, hanya tahan satu hingga dua hari di chiller dan boleh dibekukan sehingga empat bulan.

Daging yang berkuah dan daging burger juga tergolong dalam kategori mudah rosak. Sebaiknya dimakan dalam masa dua hari jika disimpan di chiller.

Untuk tahan lebih lama, pembekuan selama tiga hingga empat bulan adalah selamat. Daging yang telah dimasak boleh bertahan sehingga empat hari di chiller, manakala organ dalaman seperti hati dan limpa hanya boleh disimpan satu hingga dua hari di suhu sejuk biasa.

Ini Had Masa Untuk Simpan Makanan Dalam Peti Sejuk Yang Perlu Anda Ambil Tahu

Ayam

Ayam mentah lebih cepat rosak jika dibiarkan di chiller dan hanya boleh bertahan sehingga dua hari sahaja. Namun jika dibekukan, ia boleh bertahan sehingga setahun.

Ayam yang telah digoreng elok dimakan dalam masa tiga hingga empat hari jika disimpan di peti sejuk biasa, manakala jika dibekukan, jangka hayatnya dapat bertahan sekitar empat bulan.

Produk ayam terproses seperti nugget pula sesuai disimpan di chiller selama beberapa hari dan boleh tahan sehingga tiga bulan dalam peti sejuk beku.

Penting untuk memastikan ayam disimpan dengan cara yang betul dan dibungkus elok bagi mengelakkan pencemaran dan hilang kesegarannya.

Telur

Manakala untuk telur mentah pula, ia sebenarnya tidak sesuai untuk dibekukan kerana struktur kuning dan putihnya akan berubah.

Namun, jika disimpan dalam chiller, telur dapat bertahan selama tiga hingga empat minggu. Kuning telur mentah jika diasingkan pula hanya dapat bertahan sekitar dua hingga empat hari.

Manakala telur yang telah dimasak, seperti telur rebus, boleh disimpan selama seminggu di chiller.

BACA : Set Semua Fikiran: 7 Kaedah Kawal Anxiety Yang Berkesan

Ikan

Ikan yang tidak mengandungi banyak lemak boleh disimpan lebih lama di dalam peti beku iaitu sekitar enam hingga lapan bulan, manakala di chiller, jangka hayatnya hanya satu hingga dua hari.

Untuk ikan yang berlemak seperti salmon, tempoh pembekuan yang disarankan lebih singkat iaitu dua hingga tiga bulan.

Untuk ikan yang telah dimasak pula, ia boleh disimpan selama tiga hingga empat hari di chiller dan sehingga enam bulan jika dibekukan.

Pastikan ikan dibersihkan dan dibungkus didalam bekas kedap udara sebelum disimpan untuk mengekalkan kesegarannya. Seeloknya, elakkan pembekuan semula ikan yang telah dicairkan bagi memastikan kualiti dan rasa terbaik.

Makanan Laut

Udang, sotong dan makanan laut lain hanya boleh disimpan di chiller untuk tempoh maksimum selama dua hari. Namun jika dibekukan, ia boleh bertahan antara tiga hingga enam bulan bergantung pada jenis dan cara pembungkusan.

Pastikan makanan laut dibungkus dengan rapi menggunakan pembungkus vakum atau plastik kedap udara untuk mengelakkan ia menjadi kering dan kehilangan rasa.

Makanan laut yang telah dicairkan tidak disarankan untuk dibekukan semula bagi menjaga keselamatannya.

Sayur-Sayuran

Bagi kategori sayur pula, sayur segar yang disimpan di dalam chiller biasanya mampu bertahan selama tiga hingga empat hari sebelum ianya mula layu dan kehilangan zat.

Bagi sayur yang telah dimasak atau dicampur dengan bahan seperti daging atau santan, ia sesuai dibekukan untuk jangka masa dua hingga tiga bulan sahaja.

Pastikan sayur tersebut dibungkus dengan rapat atau disimpan dalam bekas kedap udara untuk mengelakkan kehilangan kelembapan dan nutrien.

Sayur yang telah dibekukan sebaiknya dimasak dengan segera selepas dicairkan untuk mengekalkan rasa dan teksturnya.

Menyimpan makanan dengan cara yang betul bukan sahaja membantu menjimatkan wang dan mengelakkan pembaziran, tetapi juga dapat memastikan kesihatan keluarga sentiasa terpelihara.

Oleh itu, biasakan diri menyemak tarikh dan jangka hayat makanan di dalam peti sejuk secara berkala. Jika ragu-ragu, lebih baik buang daripada mengambil risiko.

BACA : Senarai Biasiswa Untuk Lepasan SPM 2024: Mohon Sekarang

Sumber :

foodsafety

,

beko