Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Aminuddin Nafi Dimasukkan Ke Hospital, Positif COVID-19

Gambar Via Bernama

KUALA PILAH, 2 Okt (Bernama) — Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun menafikan dakwaan kononnya beliau telah dimasukkan ke hospital kerana disyaki positif COVID-19.

Sebaliknya, beliau berkata apa yang ditularkan itu adalah melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka.

“Ramai orang baca topik sahaja dan hantar kepada saya. Saya harap kita kena bijak dan jangan baca tajuk saja.

“Saya telah disahkan oleh pihak Hospital Tuanku Ja’afar Seremban bebas COVID-19. Isu yang tular ini adalah tidak betul dan saya menafikannya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Hari ini tular di aplikasi WhatsApp kononnya Aminuddin telah dimasukkan ke sebuah hospital kerana positif COVID-19.

— BERNAMA