Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Amyra Rosli Selamat Bersalin Anak Ketiga

AMYRA
Kredit: Instagram Amar Baharin

Pelakon Amyra Rosli selamat melahirkan cahaya mata lelaki di sebuah hospital, semalam.

Berita gembira itu dikongsikan suaminya yang juga pelakon, Amar Baharin menerusi satu hantaran di Instagram hari ini.

Menurut Amar, Amyra kini sedang berehat dan menjalani proses pemulihan, manakala ibu serta bayi berada dalam keadaan sihat.

“Alhamdulillah. Dengan izin Allah, isteri saya telah selamat melahirkan.

Baby sihat, ibu pun sihat dan kini sedang berehat dan melalui proses recovery,” tulisnya.

Dalam hantaran sama, Amar turut memuat naik gambar belon berwarna biru bersama tulisan yang menyambut kehadiran cahaya mata ketiga mereka.

Amar turut merakamkan penghargaan kepada ahli keluarga, rakan-rakan serta peminat yang tidak putus-putus menitipkan doa buat keluarga kecil mereka.

“Terima kasih buat keluarga, sahabat dan semua yang mendoakan kami. Semoga setiap doa yang baik Allah balas dengan kebaikan juga buat kalian.

“Ya Allah, berkatilah anak kami ini. Peliharalah dia, kurniakan kepadanya kesihatan, iman dan akhlak yang baik.

“Jadikanlah dia anak yang soleh, penyejuk hati buat ibu dan ayahnya, serta sentiasa berada dalam rahmat dan perlindungan-Mu. Amin,” tulisnya lagi.

Sumber:Instagram
Intipati
  • Amyra Rosli selamat melahirkan cahaya mata lelaki di sebuah hospital semalam.
  • Amar Baharin memaklumkan ibu dan bayi berada dalam keadaan sihat.
  • Amar turut berterima kasih kepada keluarga, rakan dan peminat atas doa mereka.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan