Terkini

Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Rayuan Bapa Mangsa Dikhuatiri Lemas
Kredit: Sinar Harian

“Ana Timbullah…”, Rayuan Ayah Mangsa Hanyut Arus Deras Sg. Air Beruk

Athirah

“Ana Timbullah…”, Rayuan Ayah Mangsa Hanyut Arus Deras Sg. Air Beruk

Seorang wanita berusia 20 tahun dikhuatiri lemas apabila dihanyutkan arus deras ketika mandi bersama empat ahli keluarganya.

Menurut Sinar Harian, kejadian berkenaan berlaku di Sungai Air Beruk, Jalan Padang Stang, Kampung Kerunai, Gerik pada Ahad.

Sehingga ke saat ini, mangsa yang bernama Nur Arina difahamkan masih belum ditemui manakala operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat dijalankan pihak berkuasa.

“Ana timbullah anak, abah nak jumpa, ibu nak jumpa”, itulah rayuan bapa kepada mangsa, Azizan Md Din yang berada di lokasi kejadian ketika SAR memasuki hari kedua pada Isnin.

Menurut Sinar Harian, suasana berubah menjadi pilu saat Azizan melaungkan azan dalam keadaan sebak sebagai salah satu usaha agar Nur Arina segera ditemui.

Penduduk kampung membuat solat hajat di surau

Dalam pada itu, Azizan juga dilihat menangis sambil berulang kali memanggil nama anaknya di tepi sungai. Bapa kepada empat anak itu kemudiannya ditenangkan oleh ahli keluarga yang lain.

Menurut warga emas berusia 60 tahun itu, dia akan sentiasa menunggu di lokasi kejadian sehingga Arina berjaya dijumpai oleh pasukan SAR.

“Apa pun keadaannya saya harapkan dia dapat ditemui. Itulah harapan saya.

“Penduduk kampung juga banyak membantu dengan membuat solat hajat di surau. Saya hanya mampu berdoa sebagai ikhtiar untuk dia,” katanya seperti yang dilaporkan dalam Sinar Harian.

Ibu mangsa disahkan dalam keadaan stabil

Dalam pada itu, Azizan sempat berkongsi keadaan isterinya yang terselamat ketika hampir dihanyutkan arus deras dalam kejadian yang sama.

Menurut beliau, isterinya kini sedang menerima rawatan di Hospital Taiping dan berada dalam keadaan stabil.

Isterinya, Saripah Ahmad, 48, turut sempat menghubunginya dan mengakui merasa kesal kerana gagal menyelamatkan Nur Arina dalam kejadian berkenaan.

“Dalam jam 3.30 pagi tadi isteri telefon dan minta maaf kerana tidak dapatkan selamatkan anak. Katanya dia berjaya capai tangan anak tetapi terlepas sebab arus deras.

“Saya pun minta dia banyak bersabar dan terus kuat kerana kejadian ini bukanlah disengajakan,” ujarnya.

Kronologi kejadian sebelum mangsa dihanyut arus

Menurut Sinar Harian, Nur Arina dikatakan pulang bercuti ke Kampung Jong untuk berkelah bersama ahli keluarga dan saudara mara yang lain.

Difahamkan, mangsa yang merupakan pekerja kilang sepatutnya pulang semula ke Sungai Petani, Kedah pada hari yang sama.

Mangsa bersama adik perempuannya berusia 11 tahun serta dua sepupunya memakai pelampung ke hilir sungai, manakala ibunya hanya berpaut pada pelampung dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang.

Bagaimanapun, pelampung mangsa dikatakan telah berpisah daripada ahli keluarga lain. Perkara ini menyebabkan Arina turun sebelum dihanyutkan arus deras.

Dalam pada itu, ibunya yang melihat kejadian terbabit kemudian terjun mendapatkan mangsa, namun turut dihanyutkan arus.

Bagaimanapun, wanita berkenaan berjaya diselamatkan oleh penduduk tempatan berhampiran.

Sinar Harian berkata, seramai 58 anggota menjalankan operasi SAR hari kedua dari pelbagai agensi dengan pencarian dilakukan sepanjang Sungai Air Beruk hingga Dataran Loma.

BACA: Henti Amal Tabiat Ini, Skru Boleh Karat & Drum Mesin Basuh Bergoyang Teruk

Sumber: Sinar Harian