Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Anak Bekas Pemimpin Negara Ditahan, Polis Temukan Dadah Dalam Kereta

Athirah
Anak Bekas Pemimpin Negara Ditahan
Kredit: Bernama

Anak Bekas Pemimpin Negara Ditahan, Polis Temukan Dadah Dalam Kereta

KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) — Seorang anak lelaki bekas pemimpin negara telah ditahan selepas polis menemukan dadah dalam kereta miliknya di Lebuhraya Sprint berhampiran Plaza Tol Damansara di sini, semalam.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar mengesahkan penahanan lelaki berusia 20-an itu.

Difahamkan lelaki terbabit memandu secara mengundur dengan laju dan berbahaya serta berada dalam keadaan mencurigakan di Kilometer 0.6 lebuh raya terbabit.

Pemeriksaan terhadap keretanya menemukan sejumlah kecil heroin bersama beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk penyalahgunaan dadah.

Lelaki itu dibawa ke Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk tindakan selanjutnya.

Menurut sumber lelaki itu turut mempunyai dua rekod lampau berkaitan dadah.

BACA: Sultan Brunei Adakan Lawatan Negara Ke Malaysia Bermula 25 Hingga 28 Ogos Ini

Sumber: Bernama