Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Anak Bongsu Izam EYE Meninggal Dunia Dalam Kemalangan Jalan Raya

EYE
Muhammad Umar Al Faroq Mohd Izam

Anak Bongsu Izam EYE Meninggal Dunia

Anak lelaki bongsu kepada penyanyi terkenal era 1990-an, Izam EYE dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya kira-kira jam 12 tengah malam tadi.

Berita duka itu dikongsikan sendiri oleh Izam atau nama sebenarnya Mohd Izam Arshad menerusi satu hantaran di Facebook awal pagi tadi.

Menurut beliau, anak lelakinya, Muhammad Umar Al Faroq Mohd Izam, disahkan meninggal dunia susulan kemalangan berkenaan.

“Jenazah kini berada di Hospital Serdang bagi urusan selanjutnya,” katanya.

Dalam hantaran sama, Izam turut memohon orang ramai agar mendoakan Allahyarham serta menghadiahkan bacaan al-Fatihah buat anaknya itu.

“Innalillahi wa inna ilaihi raji'un. Mohon sahabat-sahabat semua sedekahkan al-Fatihah dan doa buat anak lelaki bongsu saya.

“Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosanya, melimpahkan rahmat ke atasnya dan menempatkannya dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman,” ujarnya.

Sumber:Izam Eye