Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Anak David Beckham Segan Ada Ayah “Famous”, Minta Diturunkan Jauh Dari Sekolah

Nur Syahirah Zainoor Hisham
Kredit: Instagram

Victoria Beckham mendedahkan bahawa anak perempuannya, Harper, 11, merasa segan apabila dihantar ke sekolah oleh ibubapanya yang berstatus bintang mega dunia.

Bekas anggota kumpulan Spice Girl dan usahawan fesyen serta produk kecantikan tersebut berkata, anaknya seringkali meminta Beckcham untuk menurunnya jauh daripada pintu pagar sekolah bagi mengelakkan rakan-rakan tahu dia dihantar menggunakan kereta mewah.

Tindakan itu pernah menyebabkan bekas bintang bola sepak dunia itu patah hati kerana awalnya merasakan Harper tidak menganggap dirinya sebagai seorang ayah yang ‘cool’.

Victoria turut mendedahkan bahawa Beckcham merasa bimbang untuk membenarkan anaknya berjalan kaki atau menaiki bas ke sekolah kerana Harper merupakan satu-satunya anak perempuan mereka.

Katanya lagi, dia bagaimanapun memahami perasaan Harper memandangkan dia juga pernah melalui situasi yang sama apabila merasa sedikit janggal berdepan dengan rakan-rakan sekelas setiap kali dihantar oleh ayahnya ke sekolah dengan menggunakan Rolls Royce.

Kredit: Instagram

Harper merupakan anak keempat pasangan itu yang dilahirkan pada 2011. Victoria mendedahkan bahawa menimang cahaya mata perempuan merupakan satu kejutan besar pada dirinya.

Selain Harper, pasangan Beckham juga memiliki tiga orang anak lelaki iaitu Brooklyn, (23), Romeo (20) dan Cruz (17).

Kredit: Instagram

”Anak-anak lelaki saya memberikan layanan yang sangat baik kepada satu-satunya adik permpuan yang mereka miliki. Bayangkan ada tiga abang yang sudah besar?” kata Victoria.

BACA: Ferdinand Dakwa Beckham Mungkin Tubuh Konsortium Beli Manchester United

Sumber: Daily Mail