Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Anak Meninggal 3 Jam Selepas Dilahirkan, Wanita Derma Susu Badan Dipam 63 Hari Untuk Bantu Bayi Lain

Kredit Foto: mumandthem

Seorang ibu yang berasal dari Wisconsin telah memerah susu badannya selama 63 hari untuk didermakan selepas kematian anak lelakinya selepas 3 jam dilahirkan kedunia.

Strangfeld, dari Neilsville, Wisconsin, mengetahui bahawa anak dalam kandungannya mempunyai trisomi 18, keadaan genetik yang menyebabkan kecacatan kelahiran dan mengancam nyawa bayi tersebut.

Walaupun perkara ini telah diketahui oleh Strangfeld pada awal usia kandungannya, namun dia tetap ingin meneruskan kandungan tersebut.

Kredit Foto: dailymail

Anak lelaki Strangfeld yang dinamakan Samuel Lee telah dilahirkan pada bulan November iaitu dua bulan lebih awal daripada tarikh yang dijangka telah meninggal dunia selepas tiga jam dilahirkan ke dunia ini.

Strangfeld memutuskan untuk mendermakan susunya kepada Bank Susu Ibu NICU bagi membantu golongan ibu dan bayi-bayi yang memerlukan susu tersebut.

Dia telah mengepam selama 63 hari dan mendermakan lebih daripada 500 auns susunya ke Bank Susu Ibu di Great Lakes Barat.

Sumber: Dailymail