Anak Muda Jangan Rakus Beli Kereta
SK rasa terpanggil untuk menulis satu artikel tentang anak muda perlu waspada dalam berbelanja untuk membeli sebuah kereta.
Kadang-kala kita memandang jenama-jenama import seperti Honda, Toyota dan banyak lagi mampu memuaskan nafsu kita.
Tapi kita lupa, kereta bukanlah pelaburan tapi adalah sebuah liabiliti yang datang dengan pelbagai kos-kos lain disebaliknya.
Ansuran Bulanan
Bayaran ansuran bulanan adalah kos pertama yang kita perlu fikirkan dan ia seharusnya mengikut kemampuan penpadatan bulanan kita.
Kira-kira paling mudah, harga kereta yang kita nak beli jangan melebihi gaji setahun kita.
Contohnya gaji setahun kita RM36,000 dan harga kereta yang kita nak beli mestilah lebih rendah dari itu.
Antara kereta yang boleh kita beli adalah Perodua Axia Rahmah dengan gear manual dan Axia varian G dengan gear auto.
Kos Servis
Mungkin kita mampu untuk bayar ansuran bulanan tapi kita jangan lupa kereta perlu diservis setiap 6 bulan atau setiap 10,000km.
Jika kita beli kereta yang mahal, lebih mahal kos servis yang perlu kita tanggung dan jika harga kereta kita murah begitulah juga kos servisnya.
Penasihat Jualan mungkin tak bercerita tentang kos servis dan kalau kita tak bertanya atau buat carian sendiri mungkin kita pun terkejut bila selesai buat servis pertama.
Komponen Haus dan Lusuh
Sama sepeti kos servis, kereta yang mahal pasti datang dengan komponen haus dan lusuh atau wear and tear yang mahal.
Contohnya, jika kereta saiz besar seperti SUV segmen B atau C pasti datang dengan tayar saiz 17 dan ke atas.
Harga minimum sebuah tayar saiz 17 boleh mencecah sehingga RM400-500. 4 tayar dah boleh cecah sehingga RM1200 dan ke atas.
Kesimpulan
Kesilapan menabur duit kepada kereta yang salah bakal membawa implikasi yang serius terhadap pengurusan kewangan kita.
Kita hanya perlu sedar, beli kereta hanya untuk bergerak dari titik A ke titik B dengan selamat.
Jika tahap kewangan kita dah mampu untuk beli kereta yang lebih mahal, silakan.
