Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Anak Pelakon Terkenal Sepanyol Mengaku Bunuh, Kerat Mayat Doktor

Nur Syahirah Zainoor Hisham
Anak Pelakon Sepanyol Mengaku Bunuh, Kerat Mayat Doktor Bedah
Kredit: EPA

Anak Pelakon Terkenal Sepanyol Mengaku Bunuh, Kerat Mayat Doktor Bedah

Anak lelaki pelakon terkenal Sepanyol didakwa membunuh dan mengerat mayat seorang doktor bedah di Thailand.

Suspek yang berusia 29 tahun itu mengaku bersalah membunuh mangsa, Edwin Arrieta Arteaga, 44, dalam perbicaraan di mahkamah Thailand pada Isnin lepas.

Arrieta merupakan seorang doktor bedah yang berasal dari Columbia.

Polis Thailand minggu lepas dilapor menemui beberapa bahagian badan Arrieta di tempat pembuangan sampah berdekatan pulau Koh Phangan.

Anak pelakon Sepanyol bunuh doktor

Menurut kronologi kes, suspek yang juga merupakan chef di Youtube sebelum ini membuat laporan polis mengenai kehilangan mangsa di Balai Polis Koh Phangan, pada Khamis minggu lepas.

Suspek membuat laporan itu tidak lama selepas pemungut sampah menemui anggota badan mangsa dalam sebuah tong sampah, pada pagi hari yang sama.

Lebih banyak bahagian badan mangsa ditemui di lokasi yang sama selepas itu. Melalu ujian DNA, polis kemudian mengesahkan anggota badan yang ditemui adalah milik Arrieta.

Polis kemudian memanggil anak pelakon tersebut untuk membantu siasatan. Ketika disoal siasat, dia seterusnya mengaku membunuh Arrieta.

Pada Ahad minggu lepas, suspek membawa polis ke tujuh lokasi dimana dia melupuskan anggota badan-anggota badan mangsa yang dibungkus dengan plastik.

Siasatan lanjut yang dibuat polis mendapati suspek antara lain pernah membeli pisau, sarung tangan getah dan agen pencuci pada Selasa minggu lepas.

Hasil siasatan tersebut, polis menyimpulkan bahawa suspek memang merancang dan mempunyai niat membunuh Arrieta.

Menurut agensi berita Sepanyol, EFE, Arrieta memberitahu dirinya pernah dijadikan tebusan oleh Arrieta yang dikatakan begitu obses dengan dirinya.

Anak Pelakon Sepanyol Mengaku Bunuh, Kerat Mayat Doktor Bedah
Kredit: EPA

Untuk makluman, suspek merupakan sebahagian daripada keluarga pelakon terkemuka di Sepanyol. Ibu dan datuknya merupakan antara pelakon-pelakon yang terkenal di negara tersebut.

Susulan itu, keluarga suspek telah mengeluarkan kenyataan pada Ahad yang meminta orang ramai menghormati situasi mereka yang ”sedang keliru” dengan apa yang berlaku.

Kini, suspek sedang ditahan di penjara berdekatan Koh Samui sementara polis melengkapkan siasatan.

Manakala, pihak berkuasa turut masih mencari beberapa anggota badan Arrieta yang belum ditemui.

BACA: Betul Ke PRN Boleh Tukar Kerajaan Persekutuan? Ini Beza Antara PRU Dengan PRN

Sumber: BBC