Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Anda Gayat? Takut Air? Inilah Jenis Fobia Dialami Orang Ramai
Dalam dunia ni, ada ramai yang gayat, takut air, takut labah-labah, badut dan ada juga yang takut dengan perkataan yang panjang.
Ironinya, nama fobia untuk seseorang yang takut kepada perkataan yang panjang itu, agak panjang juga. Iaitu Hippopotomonstrosesquippedaliophobia.
Tapi, fobia tu bukanlah anda takut dengan perkataan panjang. Ia lebih kepada anda rasa takut untuk menyebut perkataan yang panjang kerana anda takut tersalah sebut.
Mari kita ketahui jenis-jenis fobia yang lain daripada perkongsian Hello Doktor.
Bercakap soal fobia ini, adakah anda memiliki jenis fobia tertentu yang anda sedang alami?
Bagi mereka yang tidak tahu, fobia bermaksud sejenis ketakutan yang tidak rasional terhadap sesuatu yang sebenarnya tidak memberikan sebarang mudarat.
Apabila seseorang mengalami fobia, mereka sebenarnya sedang mengalami ketakutan melampau terhadap sesuatu objek atau situasi.
Ia berbeza dengan ketakutan biasa kerana fobia boleh menyebabkan kesukaran yang boleh mengganggu kehidupan individu tersebut.
Berdasarkan Diagnistic and Statistical Manual of Mental Disorders, Edisi Kelima (DSM-5), fobia tertentu boleh dikategorikan kepada 5 bahagian umum iaitu:

Ketakutan berkaitan haiwan seperti labah-labah, ular dan serangga
Ketakutan berkaitan persekitaran semula jadi seperti ketinggian, guruh, kilat dan kegelapan
Ketakutan berkaitan darah, kecederaan, dan keadaan kesihatan seperti suntikan, dan kepatahan tulang
Ketakutan berkaitan situasi tertentu seperti menaiki kapal terbang, menunggang motosikal atau menaiki lif

Sebenarnya, tidak terdapat jumlah sebenar berkenaan jenis-jenis anxiety yang ada.
Oleh itu, penyelidik akan mewujudkan nama khas bagi jenis fobia yang berlaku apabila ia terjadi.
Kajian mengenai fobia juga adalah satu proses yang sedikit rumit memandangkan ramai individu yang mengalami fobia tidak mendapatkan rawatan dan kes fobia tidak dilaporkan.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa jenis fobia yang sering berlaku berpandukan kajian yang telah dijalankan pada tahun 1998 dan diterbitkan dalam British Journal of Psychiatry. Antaranya ialah:
Acrophobia: Ketakutan terhadap ketinggian
Aerophobia: Ketakutan menaiki kapal terbang
Arachnophobia: Ketakutan terhadap labah-labah
Astraphobia: Ketakutan terhadap kilat dan guruh
Autophobia: Ketakutan jika keseorangan
Claustrophobia: Ketakutan terhadap kawasan yang sesak dan sempit
Hemophobia: Ketakutan terhadap darah
Hydrophobia: Ketakutan terhadap air
Ophidiophobia: Ketakutan terhadap ular
Zoophobia: Ketakutan terhadap haiwan
Terdapat juga beberapa jenis fobia yang dianggap sebagai sesuatu yang unik, seperti:
Alektorophobia: Ketakutan terhadap ayam
Onomatophobia: Ketakutan terhadap nama
Pogonophobia: Ketakutan terhadap janggut
Nephophobia: Ketakutan terhadap awan

Tempoh masa fobia juga tidak terhad. Ia bergantung kepada bagaimana seseorang itu mengendalikan fobia yang dialami.
Percaya tak kalau penulis kata bahawa penulis masih lagi mempunyai fobia terhadap air? Sebab itulah penulis masih lagi tidak pandai berenang.
Penulis akan mula rasa takut apabila air sudah mula memasuki lubang telinga dan akan mula menggelabah.
Kalau mandi di pantai, penulis akan berada jauh sedikit daripada orang lain kerana ada yang cuba menyelamkan kepala penulis kedalam air. Tak cool okay!
Haa, itulah antara fobia-fobia yang mungkin anda alami. Anda tahu jenis-jenis fobia yang lain tak? Cubalah kongsi.
Sumber: Hello Doktor
BACA JUGA: Sering Batuk Dan Tekak Kering? Ini Petua Hilangkan Sakit Tekak