Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Anggota APM Dipatuk Ular Ketika Demonstrasi Meninggal Dunia

apm
Kredit: Gambar Facebook

KUANTAN, 23 Ogos (Bernama) -- Seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang dipatuk ular tedung selar ketika melakukan demonstrasi di sebuah program di Temerloh semalam, meninggal dunia awal pagi ini.

Pengarah APM Pahang Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata Sarjan (PA) Muhamad Muazam Shah Kamardin, 39, meninggal dunia kira-kira 1.50 pagi tadi.

“Muhamad Muazam Shah meninggal dunia ketika sedang mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Che Adam berkata jenazah Muhamad Muazam Shah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Bukit Kelulut, Temerloh pagi ini.

Sebelum ini, anggota berkenaan dilaporkan dipatuk pada jari tangan kanan dalam kejadian 10.50 pagi semalam dan bertindak keluar dewan untuk mencucinya.

Mangsa kemudiannya telah pitam di luar dewan dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Sumber:BERNAMA
Intipati
  • Sarjan (PA) Muhamad Muazam Shah Kamardin meninggal dunia kira-kira 1.50 pagi tadi.
  • Beliau dipatuk ular tedung selar pada jari tangan kanan ketika demonstrasi di Temerloh.
  • Mangsa pitam di luar dewan sebelum dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan