Terkini

Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
Luar Negara
Dua Kapal AS Bertembung Di Caribbean
Gambar : Bernama

”Anggota Badan Manusia Bercerai Dari Badan Bila Ditarik Dari Tanah,” – Sukarelawan Palu Kongsi Detik Ngeri Mencari Mangsa Gempa

Sha Rossa

Kota Palu, salah satu tempat tumpuan pelancong di Sulawesi yang dilanda gempa bumi dan bencana tsunami pada 28 Sept lepas, kini hanya menyajikan episod ngeri dengan penemuan demi penemuan mayat yang sudah reput dan hancur oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di sana sini.

Seorang sukaralewan SAR yang ditemui Muhammad Fiqri Wahyudi, 28, berkata sepanjang lapan hari berada di sini untuk misi bersama pasukan sukarelawan SAR tempatan, beliau hanya menemui mayat sahaja, tidak ada mangsa terselamat yang ditemui di bawah timbunan tanah atau runtuhan bangunan.

“Kebanyakan mayat sudah reput serta hancur, dan ada juga bahagian anggota badan manusia yang bercerai daripada badan bila kami cuba tarik keluar ia dari dalam tanah,” katanya kepada sumber ketika ditemui di sini.

Gambar : Bernama

Menurut Muhammad ada ramai lagi mangsa tertimbus tapi sukar untuk digali dan dikeluarkan berikutan kedudukannya yang sangat dalam dan ditimbun oleh runtuhan bangunan yang besar lagi berat.

Sementara itu beberapa lagi pasukan sukarelawan asing mula memasuki Palu untuk menghulurkan bantuan dalam misi SAR antaranya, pasukan Topos Azteca dari Mexico.

Seorang daripada anggota pasukan itu, Natalia Banaza, 34, berkata mereka datang untuk membantu pasukan Topos Aztecas tempatan.

“Kami masih menunggu kebenaran daripada kerajaan Indonesia untuk memulakan operasi SAR di Palu. Ini bukan kali pertama kami di Indonesia, kami ada banyak pengalaman menjalankan operasi SAR di Indonesia sebelum ini,” katanya.

Topos Aztecas adalah kumpulan pasukan penyelamat bukan berasaskan keuntungan yang ditubuhkan pada 1985.

Sumber : Bernama