Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Anggota TUDM Hilang Sejak 24 Ogos Ditemukan Selamat Hari Ini

Hannah
anggota tudm hilang
Gambar: PDRM via BERNAMA

Anggota TUDM Hilang Sejak 24 Ogos Ditemukan Selamat Hari Ini

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) — Seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dilaporkan hilang sejak lebih seminggu lepas ditemukan selamat di Ampang, Selangor, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP Muhamad Farid Ahmad berkata punca kehilangan Laskar Udara Kanan Muhammad Ammar Mohd Ariffin, 27, masih dalam siasatan dan hasilnya akan dimaklumkan kemudian.

“Pihak polis mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu memberikan maklumat sehingga orang hilang berjaya ditemui,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Media pada Isnin melaporkan Muhammad Ammar kali terakhir dikesan mandi bersama rakannya di Sungai Kedondong, Batang Kali, Selangor pada 23 Ogos.

Beliau bertugas di Pangkalan Tentera Udara Subang dan kini dalam tempoh menjalani kursus penyelia pengangkutan kenderaan di Institut Latihan Pengurusan Material (INSMAT), TUDM Bandar Kinrara, Puchong.

Pada 24 Ogos, rakan sebilik kursus menghubungi lelaki itu namun mendapati telefon bimbitnya dimatikan sebelum anggota TUDM dari INSMAT membuat laporan polis pada 25 Ogos, 4.16 petang kerana Muhammad Ammar tidak melaporkan diri semula ke institut itu.

Sementara itu, Muhamad Farid berkata Muhammad Ammar ditemukan di dalam satu unit kondominium di Ampang Jaya dipercayai milik teman wanitanya kira-kira 1 tengah hari.

“Muhammad Ammar ditemukan pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya yang membuat pemeriksaan di kawasan berkenaan,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata Muhammad Ammar turut memberikan alasan tidak menjawab panggilan telefon daripada keluarga dan pihak TUDM kerana takut dan perlu menyembunyikan diri selepas terlibat kemalangan dengan pegawai TUDM di Subang.

BACA: Polis Kesan Anggota TUDM Dilaporkan Hilang Lebih Seminggu

BACA: Lelaki Ditahan Lepaskan Tembakan Ketika Upacara Sembahyang

BACA: Polis Hantar Pegawai Ke Thailand, Siasat Rakyat Malaysia Bawa Senjata Api

Sumber: BERNAMA