Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Angka Kematian Meningkat Kepada 6 Selepas Taufan Bawa Hujan Lebat Ke Jepun

TAUFAN
Kredit: Kyodo

TOKYO, 22 Sept (Bernama-Kyodo) -- Angka kematian akibat Taufan Dujuan meningkat kepada enam orang pada Selasa manakala enam lagi masih hilang selepas hujan lebat mencetuskan tanah runtuh dan banjir di Tokyo serta kawasan berdekatan sehari sebelumnya, menurut pihak berkuasa, lapor Kyodo News.

Ketika taufan itu melintasi kawasan berhampiran pantai Pasifik, hujan lebat menyebabkan rumah dinaiki air dan bekalan elektrik terputus dengan kira-kira 58,000 isi rumah di wilayah Chiba merasai kesannya pada awal Selasa.

Hujan yang berlaku ketika cuti Silver Week negara itu amat memberi kesan kepada Chiba, yang turut dilanda hujan lebat pada Ogos dan awal September.

Lima orang disahkan meninggal dunia di wilayah itu, termasuk seorang lelaki berusia 51 tahun yang sedang menjalankan kerja pemulihan sebuah jalan. Mangsa lain berusia lingkungan 70-an dan 80-an.

Kanagawa yang terletak berhampiran Tokyo menyaksikan beberapa kejadian tanah runtuh di Yokosuka dan Miura. Seorang disahkan meninggal dunia manakala polis tempatan sedang mencari empat lagi individu yang masih hilang.

-- BERNAMA-KYODO

Intipati
  • Angka kematian akibat Taufan Dujuan di Jepun meningkat kepada enam orang pada Selasa.
  • Enam lagi masih hilang selepas hujan lebat mencetuskan tanah runtuh dan banjir.
  • Kira-kira 58,000 isi rumah di Chiba terjejas akibat gangguan bekalan elektrik.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan