Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Angka Kematian Meningkat Kepada 70, Nigeria Larang Kenderaan Berat Susulan Insiden Letupan Tangki Minyak

Letupan Tangki Minyak nigeria
Gambar: Yahoo

Angka Kematian Meningkat Kepada 70, Nigeria Larang Kenderaan Berat Susulan Insiden Letupan Tangki Minyak

LAGOS (Nigeria), 19 Jan (Bernama-AA) – Susulan angka kematian akibat letupan tangki minyak yang dahsyat di Nigeria meningkat kepada 70, Gabenor Mohammed Umar Bago mengumumkan larangan ke atas kenderaan berat daripada menggunakan Jambatan Dikko, lokasi tragedi itu.

Gabenor mengumumkan langkah itu pada Sabtu ketika melawat lokasi kejadian, dengan alasan kebimbangan keselamatan berikutan angka kematian yang terus meningkat, lapor Agensi Anadolu.

Beliau juga mengarahkan doktor di hospital-hospital kerajaan untuk ditugaskan semula bagi membantu merawat mangsa di Hospital Besar Suleja. Komander Kor Keselamatan Jalan Raya Persekutuan (FRSC) Negeri Niger, Kumar Tsukwam berkata bahawa banyak nyawa terkorban berpunca daripada orang ramai cuba mengumpul minyak dari tangki yang tumpah di Kawasan Kerajaan Tempatan Suleja.

“Setakat ini, angka kematian mencecah 70,” katanya kepada pemberita sambil menambah bahawa operasi menyelamat masih diteruskan dengan bantuan agensi-agensi lain.

Sebelum ini, media melaporkan sekurang-kurangnya 60 orang terkorban manakala ramai lagi cedera dalam insiden berkenaan.

Komander Kor Keselamatan Jalan Raya Persekutuan (FRSC) Negeri Niger, Kumar Tsukwam mengesahkan insiden yang berlaku di Kawasan Kerajaan Tempatan Suleja.

Beliau memaklumkan bahawa ramai mangsa cedera ketika cuba mengambil minyak dari tangki yang tumpah di jalan raya.

“Setakat ini, 60 mayat ditemukan di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Pasukan FRSC dan agensi-agensi lain masih berada di lokasi untuk menjalankan operasi menyelamat.

Dalam kenyataan berasingan, Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Kecemasan Negeri Niger (NSEMA), Abdullahi Baba-Arah menjelaskan bahawa insiden berlaku apabila sebuah tangki minyak bertembung dengan tangki lain dan kemudiannya cuba memindahkan minyak.

Semasa proses itu, petrol dipercayai terkena sebuah generator yang digunakan untuk memindahkan minyak, menyebabkan letupan yang mengorbankan dan mencederakan ramai mangsa.

Sumber: BERNAMA

BACA: Gencatan Senjata Gaza Bermula 8.30 Pagi Ahad – Qatar

BACA:Polis Tembak Mati Tiga Lelaki Disyaki Samun, Curi Kenderaan

BACA: Tiga Ditahan Susulan Kes Pukul OKU Di Pasar Tani