Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Angka Korban Banjir, Tanah Runtuh Di Indonesia Meningkat Kepada 502

angka korban Indonesia 502
Kredit: Bernama

Angka Korban Banjir, Tanah Runtuh Di Indonesia Meningkat Kepada 502

JAKARTA, 1 Dis (Bernama-Xinhua) — Angka korban akibat banjir dan tanah runtuh baru-baru ini di tiga wilayah di Pulau Sumatera, Indonesia meningkat kepada 502 orang dengan 508 lagi masih hilang, lapor Xinhua memetik Agensi Pengurusan Bencana Negara (BNPB) pada Isnin.

Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan secara intensif di kawasan terjejas, menurut agensi itu.

BNPB melaporkan bahawa banjir mengakibatkan kira-kira 550,000 penduduk dipindahkan di wilayah Sumatera Utara, Sumatera Barat dan Aceh. Kerosakan jalan serta gangguan rangkaian komunikasi menyebabkan beberapa kawasan terjejas tidak dapat diakses, dengan bantuan disalurkan terutamanya melalui udara.

Presiden Indonesia Prabowo Subianto pada Isnin berkata usaha kerajaan dalam operasi menyelamat dan bantuan sedang digerakkan sepenuhnya.

Beliau menegaskan bahawa Indonesia mesti memberikan respons berkesan terhadap perubahan iklim dan kerajaan tempatan perlu memainkan peranan lebih besar dalam perlindungan alam sekitar serta persediaan menghadapi kejadian cuaca ekstrem pada masa depan.

BACA: Lelaki Minta Tunjuk Arah Guna Bahasa Melayu, Jawapan Lelaki Itali Buat Ramai Tertarik

Sumber: Bernama