Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Antara Dua Air Mata,” Mufti WP Titip Pesanan Buat Pelajar SPM

Gambar Hiasan via Google

Hari ini menandakan permulaan baru bagi pelajar-pelajar yang mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pelbagai senario dapat dilihat di sekolah-sekolah seluruh Malaysia, ada yang suka dan ada juga yang berduka sejurus selepas mengambil keputusan tersebut.

Sungguhpun begitu, walau apapun keputusannya, janganlah sesekali kita terus bersedih jika segala usaha untuk mendapatkan keputusan seperti yang diinginkan itu gagal, malahan yakinlah bahawa pasti ada hikmah yang sudah tertulis.

Susulan daripada itu, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri menerusi akaun Twitter rasminya sempat untuk mengucapkan tahniah kepada para pelajar SPM yang cemerlang dan sedikit pesanan buat yang tidak berjaya mendapatkan keputusan yang diinginkan.

Terlebih dahulu, dia memulakan perkongsian itu dengan mengucapkan tahniah kepada pelajar SPM yang telah berjaya melakar kecemerlangan.

Menurutnya, hari ini terdapat dua jenis air mata yang mengalir. Air mata yang dimaksudkan itu adalah air mata kesedihan dan air mata kegembiraan.

Tweet yang berikutnya pula, beliau telah menyatakan sedikit pesanan buat pelajar yang tidak berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang.

https://platform.twitter.com/widgets.js

Menerusi Tweet tersebut, beliau memesan kepada para pelajar yang gagal memperoleh keputusan yang cemerlang supaya jadikan kegagalan itu sebagai pembakar semangat untuk terus cemerlang di masa depan. Tambahnya lagi, ramai tokoh-tokoh hebat bermula daripada kegagalan. Beliau juga turut menasihati para pelajar ini agar bangkit dan ubah strategi untuk berjaya.

Sumber: Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri