Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Anwar Hubungi 9 Lagi Aktivis Malaysia Kini Sedang Menuju Ke Gaza

Sofea
anwar hubungi 9 aktivis
Kredit: Anwar Ibrahim

Anwar Hubungi 9 Lagi Aktivis Malaysia Kini Sedang Menuju Ke Gaza

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghubungi sembilan lagi aktivis dan sukarelawan Malaysia yang kini sedang menuju ke Gaza.

Menerusi video yang dimuat naik di media sosial miliknya, Anwar memberikan suntikan semangat dan mendoakan agar perjalanan serta usaha mereka dipermudahkan.

Sembilan aktivis itu berada di atas kapal Conscience dan TM Denmark Boat yang kini berada di tengah laut Mediterranean dan telah memasuki zon kuning.

Mereka yang terlibat di dalam misi Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens to Gaza (TMTG) itu meneruskan perjuangan selepas kapal Global Sumud Flotilla (GSF) yang lain sebelum ini telah dipintas oleh Israel.

BACA: Freedom Flotilla Dijangka Sampai Ke Gaza Dalam Tiga Hingga Empat Hari

“Pengorbanan mereka dalam mengangkat prinsip kemanusiaan adalah contoh unggul buat seluruh rakyat Malaysia, khususnya generasi masa depan, tentang erti keberanian, tekad, dan solidariti yang tuntas dan tegas,” katanya.

Menerusi panggilan video itu, Anwar turut memberikan perkembangan terkini mengenai 23 rakyat Malaysia yang ditahan Israel.

Terdahulu, Anwar telah mengadakan sidang media khas dan mengumumkan bahawa kesemua 23 rakyat Malaysia sudah dibebaskan dari Israel dan akan dibawa ke Istanbul hari ini.

Mereka akan dibawa dengan menaiki penerbangan khas yang disediakan oleh pihak berkuasa Turkiye.

BACA JUGA: 23 Rakyat Malaysia Naiki Pesawat Khas Ke Istanbul Hari Ini – PM Anwar

Apabila tiba di sana, kesemua aktivis itu akan menjalani pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu dan selepas itu akan dihantar pulang ke Malaysia.

“Alhamdulillah 23 rakyat Malaysia sekarang sedang menuju ke Lapangan Terbang Ramon di selatan Israel dengan pesawat khas dari Turkiye akan membawa mereka ke Istanbul.

“Rundingan saya dengan pihak ketua risikan Malaysia dan kedutaan besar Malaysia di Ankara, lebih baik mereka menginap di Istanbul sekitar satu hingga satu setengah hari untuk pemeriksaan kesihatan akibat trauma dan tekanan.

“Saya setuju dan mereka akan berlepas pulang mungkin esok malam atau lusa, itu kita sedang atur,” katanya.

Sumber: Anwar Ibrahim