Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Anwar Jemput Trump Hadir Sidang Kemuncak ASEAN-AS
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyampaikan jemputan rasmi kepada Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-AS dan Sidang Kemuncak Asia Timur di sini, Oktober depan.
Menerusi catatan di Facebook, Perdana Menteri berkata jemputan itu disampaikan menerusi Setiausaha Negara Amerika Syarikat Marco Rubio yang melakukan kunjungan hormat ke atas beliau hari ini.
Pertemuan kira-kira 40 minit itu diadakan di Bangunan Parlimen dan ia adalah lawatan sulung Rubio ke Asia sebagai Setiausaha Negara selepas dilantik ke jawatan itu awal tahun ini.
Selain itu, Anwar berkata pertemuan tersebut juga membuka ruang kerjasama lebih luas dalam bidang pelaburan digital, kecerdasan buatan (AI), pertahanan serta pendidikan.
Rubio berada di sini bagi menghadiri mesyuarat peringkat tinggi sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 dan mesyuarat berkaitan yang dianjurkan Malaysia di bawah Kepengerusian ASEAN 2025.
Beliau mewakili AS ke mesyuarat ASEAN yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dari 8 hingga 11 Julai.
BACA: PM Anwar Tegaskan Kepada Rubio Agar Kekejaman, Pembantaian Di Gaza Dihentikan
Sumber: BERNAMA