Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Anwar, Probowo Bakal Adakan Pertemuan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal mengadakan pertemuan bersama Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dalam masa terdekat.
Perkara berkenaan dimaklumkan beliau menerusi satu hantaran di laman Facebook peribadinya.
Difahamkan, pertemuan tersebut bakal membincangkan usaha memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia.
Beliau berkata, perkara berkenaan dipersetujui kedua belah pihak dalam satu panggilan telefon hari ini.
“Sewaktu panggilan telefon bersama Presiden Indonesia, Prabowo Subianto hari ini, kami sempat bertanya khabar serta bertukar pandangan mengenai pelbagai isu semasa yang menyentuh kepentingan kedua-dua negara demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan serantau.
“Kami juga bersetuju untuk mengadakan pertemuan dalam masa terdekat bagi terus memperkukuh hubungan erat antara dua negara berjiran yang sekian lama terjalin atas semangat persaudaraan dan kerjasama strategik,” maklum Perdana Menteri.