Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
meter mileage 999999
Gambar: Instagram @viralno.1 & Pinesthi Mukti Rizky Wibowo

Apa Jadi Kalau Meter Mileage Tunjuk 99999.9? Ini Jawapannya

Iqbal Yasir

Apa Jadi Kalau Meter Mileage Tunjuk 99999.9? Ini Jawapannya

Seperti yang diketahui, terdapat pelbagai simbol atau indikator yang pada meter dashboard kereta dengan pelbagai fungsi untuk memberikan notifikasi kepada pemandu.

Sekiranya anda sentiasa memandu, tentunya anda sudah terbiasa dengan simbol-simbol pada meter kereta anda. Salah satu indikator yang terdapat dalam kenderaan ini adalah jarak tempuh atau biasa dipanggil mileage.

Ia bukan sahaja terdapat pada kereta namun ia juga terdapat pada meter motosikal dan kenderaan bermotor lain.

Lazimnya, bacaan mileage ini digunakan untuk melihat usia sejauh mana kenderaan tersebut telah bergerak berdasarkan bacaan meter. Bahkan, ia menjadi garis panduan kepada pemandu untuk menukar minyak pelincir atau minyak enjin kereta.

Tapi, pernahkah anda terfikir apa yang bakal terjadi sekiranya bacaan meter telah mencapai digit maksimum iaitu 99999.9? Pastinya anda tertanya-tanya bukan? Jom ikuti perkongsian di bawah.

Gambar: Pinesthi Mukti Rizky Wibowo

Apa Jadi Kalau Meter Mileage 99999.9?

Menurut Suzuki, milaege atau dipanggil odometer berfungsi untuk memaparkan jarak tempuh sesebuah kenderaan sejak dari awal penggunaan dalam indeks kilometer (km).

Sebagai contoh, jika kenderaan tersebut menunjukkan angka 20560, ia bermakna kenderaan itu telah menempuh jarak 20.560 kilometer. Tetapi apa yang bakal terjadi jika odometer telah menunjukkan angka maksimum?

Pensyarah Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Gadjah Mada (UGM) Yogyakarta Dr. Jayan Sentanuhady menjelaskan, odometer yang telah menunjukkan bilangan maksimum, kemudian akan kembali kepada sifar atau 0.

Sistem ini digunapakai oleh semua jenis odometer sama ada model digital ataupun analog. Menurutnya lagi, jumlah maksimum yang dipersoalkan adalah semua digit memaparkan nombor 9.

BACA: “Confirm” Bil Tak Mencanak, Lelaki Ajar Tengok Plat Nama Elektrik

“Kalau semua digitnya 9, ia kemudian akan kembali ke sifar semula,” kata Jayan ketika dihubungi Kompas.

Setiap bacaan meter tersedia lima digit di hadapan koma dan satu digit selepas koma.

Motor Atau Kereta Kembali Baru Ke Lepas Meter “0”?

Gambar: Instagram @viralno.1

Menurutnya, meskipun odometer kembali kepada 0.0, ia tidak bermakna motosikal atau kereta anda telah menjadi kenderaan baharu. Tetapi, ia akan terus berjalan seperti biasa.

Beri kesan sampingan terhadap kenderaan?

Katanya lagi, pengguna tidak perlu bimbang kerana ia tidak memberi kesan kepada motosikal atau kenderaan lain.

Ini kerana, mengikut fungsinya bacaan tersebut adalah sebagai panduan untuk mengetahui berapa kilometer yang telah ditempuh selain penunjuk bila penyelenggaraan kenderaan perlu dijalankan.

“Tiada kesan pada kenderaan itu,” kata Jayan.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Kompas.com