Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Pernah tak anda memandu sambil bermain telefon bimbit? Atau anda terlupa tarikh tamat tempoh lesen memandu? Kesalahan-kesalahan seperti berikut merupakan kesalahan yang dianggap berat ketika anda sedang memandu di jalan raya. Tanpa disedari, anda boleh dikenakan saman oleh polis trafik dan perlu bayar pada tarikh yang ditetapkan.
Tahukah anda, jika anda disabitkan kesalahan di atas perkara-perkara berikut, anda tiada pilihan lain selain menjawab saman tersebut di makhamah. Anda perlu hadir ke makhamah dan perlu selesaikan saman atas kesalahan yang anda lakukan. Kegagalan anda ke makhamah akan menyebabkan waran tangkap terpaksa dikeluarkan. Selain itu juga, kenderaan anda boleh disenaraikan hitamkan dan tidak dibenarkan menghidupkan cukai jalan kereta anda disebabkan anda gagal ke makhamah membayar saman.
Apa yang anda perlu buat ketika pertama kali hadir ke makhamah untuk membayar saman trafik? Bertenang, beberapa tip ini anda perlu lakukan untuk membayar saman trafik di makhamah.
(1) Etika Pakaian
Anda dilarang memakai pakaian yang kurang sopan seperti berseluar pendek, memakai topi atau memakai selipar. Etika pakaian di makhamah memerlukan pakaian formal. Contohnya bagi perempuan, anda perlu berbaju kurung manakala lelaki pula memakai kemeja. Pakaian sopan seperti berikut akan memberi tanggapan yang baik kepada kita.
(1) Sediakan Wang Secukpnya
Anda perlu semak dahulu saman yang dikenakan oleh polis trafik kepada anda. Pastikan anda membawa wang secukupnya untuk membayar saman ke atas kesalahan yang dilakukan. Hal ini kerana jika anda telah disabitkan kesalahan, anda perlu bayar saman dengan jumlah yang ditetapkan. Namun, jika anda tidak mencukupi wang pada hari tersebut, anda boleh ditahan oleh pihak polis sehingga anda mempunyai wakil yang boleh selesaikan denda anda.
Sekiranya anda gagal membuat pembayaran, anda boleh membuat rayuan dan perlu memberi alasan yang munasabah kepada pihak makhamah. Alasan yang diterima mungkin akan dapat kurangkan pembayaran denda terhadap kesalahan yang anda lakukan.
(3) Bawa Kad Pengenalan
Kad Pengenalan sangat penting untuk dibawa supaya pihak makhamah dapat mengenal identiti dan maklumat anda. Sekiranya anda tidak membawa kad pengenalan, anda tidak boleh mendaftar nama di makhamah. Anda tidak boleh teruskan proses di makhamah sekiranya tiada kad pengenalan dan pihak mahkamah akan meminta anda pulang terlebih dahulu untuk mendapatkan kad pengenalan.
(4) Proses di Makhamah
Semasa anda mendaftar, anda perlu serahkan surat saman, kad pengenalan kepada pegawai yang bertugas di makhamah pada waktu itu. Setelah kes anda sudah didaftarkan, anda perlu menunggu sehingga nama anda dipanggil. Setelah dipanggil, anda perlu kehadapan majistret untuk mendengar kesalahan anda. Kesalahan dan pertuduhan anda dibaca oleh jurubahasa makhamah. Anda perlu mengaku kesalahan trafik yang anda lakukan jika anda bersalah. Setelah anda mengaku bersalah, majistret akan meminta anda supaya membuat rayuan bagi mengurangkan hukuman kepada anda.
Antara perkara yang perlu kemukakan semasa membuat rayuan ialah memaklumkan umur anda, status perkahwinan, mempunyai penyakit apa yang berkaitan, pekerjaan, dan maklumkan juga mengapa anda melakukan kesalahan seperti yang dituduh.
Selesai anda mendapat jumlah denda yang dikenakan, anda boleh terus membuat bayaran. Pastikan anda selesaikan semua jumlah saman pada hari itu juga. Hal ini kerana kegagalan anda membayar saman akan menyebabkan anda dipenjarakan sehingga habis bayaran saman.
Oleh itu, untuk elakkan dari disaman, pastikan anda memandu kenderaan mengikut peraturan jalan raya yang betul. Hal ini bukan sahaja boleh menyelamatkan nyawa, malah menjadikan anda seorang pemandu yang berkhemah.
Sumber: PolisDirajaMalaysia