Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Apa Berlaku Di Gaza
Gambar: Pejabat Perdana Menteri

Apa Yang Berlaku Di Gaza Adalah Kegagalan Cetusan Hati Nurani – PM Anwar

Hannah

Apa Yang Berlaku Di Gaza Adalah Kegagalan Cetusan Hati Nurani – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan situasi di Gaza sebagai “kegagalan cetusan hati nurani, empati, kepimpinan dan keupayaan membezakan penderitaan daripada strategi.”

Beliau berkata kemusnahan sekolah, keruntuhan hospital dan lenyapnya seluruh keluarga mencerminkan kegagalan mendalam untuk mengiktiraf nilai perkongsian kemanusiaan.

“Apabila kita gagal mengiktiraf kemanusiaan pada orang lain, kita berisiko kehilangan kemanusiaan dalam diri kita sendiri.

“Statistik bukan sekadar angka kerana setiap satu mewakili kisah manusia, tentang ibu, anak, bapa, dan pengalaman mereka seharusnya membangkitkan bukan sahaja simpati tetapi menyeru supaya setiap seorang daripada kita supaya bertindak,” kata Anwar dalam syarahan beliau di Universiti Sorbonne, Paris pada Jumaat.

Anwar berkata masyarakat antarabangsa sering bercakap tentang hak asasi manusia, demokrasi dan keperluan melindungi kesucian nyawa, namun komuniti global kelihatan tidak berdaya untuk menghentikan genosid yang berlarutan ini.

Sambil mengalu-alukan keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), Anwar berkata keputusan itu dilayan dengan “penuh penghinaan dan rasa kebal daripada hukuman” oleh mereka yang melakukan jenayah terbabit.

Beliau berkata:”Tiada cara lain: adalah menjadi tanggungjawab para pemimpin dunia untuk bersuara dengan moral yang lebih tegas dan jelas mengenai isu ini dan bertindak dengan azam yang lebih kukuh untuk menamatkan kacau-bilau dan pembunuhan ini.

Ya, kita melihat sinar harapan daripada usaha dan tindakan pelajar serta ahli akademik di kolej dan universiti serta pertubuhan masyarakat madani di seluruh dunia. Dalam kecaman mereka terhadap genosid ini dan seruan mereka untuk menamatkan keganasan kejam ini, kita menemukan harapan dan kelegaan, tetapi kita memerlukan lebih daripada itu.”

“Sehubungan itu, kita perlu terus menyeru kepada solidariti global, sokongan dan usaha tanpa henti untuk menegakkan keadilan,” katanya.

BACA: Lebih 500 Terbunuh Berdekatan Tapak Agihan Bantuan GHF Di Gaza – PBB

Sumber: BERNAMA