Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Apakah Hukuman Bagi Penderaan Kanak-kanak? Ini 5 Keadaan Anda Kena Tahu

Gambar Hiasan Via Google
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Kes penderaan kanak-kanak sememangnya sering berlaku bahkan mungkin masih ada yang belum dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Dengan berlakunya kes yang melibatkan seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun yang dipercayai didera oleh ibu kandung dan bapa tirinya sebelum ditemui maut di dalam tong air, orang ramai menyatakan pelbagai persoalan mengenai jenayah penderaan.

Mungkin ramai juga yang tertanya-tanya mengenai apakah hukuman bagi penderaan kanak-kanak.

Ikuti perkongsian peguam jenayah, Mufarwa Farid di bawah ini untuk mengetahui mengenai hukuman tersebut.

Apa hukuman bagi penderaan kanak-kanak?

1) Mendera, tapi tak cedera:

Penjara maksima 1 tahun, denda tak lebih RM2000 (Seksyen 323 Kanun Keseksaan)

2) Mendera, sampai cedera parah/hampir mati:

i- Penjara maksima 7 tahun dan denda (Seksyen 325 KK)

Dan/Atau

ii- Penjara 12 tahun (Seksyen 307 KK)

Dan/Atau

iii- Penjara maksima 10 tahun, atau/dan denda tak lebih RM20,000 (Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak)

3) Mendera pakai senjata, tapi tak mati:

i- Penjara maksimum 10 tahun atau sebat (Seksyen 324 KK)

Dan/Atau

ii- Penjara maksimum 12 tahun (Seksyen 307 KK)

Dan/Atau

iii- Penjara maksima 10 tahun, atau/dan denda tak lebih RM20,000 (Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak)

4) Mendera sampai mati, tapi deraan tu kebiasaannya tidaklah mengakibatkan kematian:

Penjara maksimum 30 tahun dan denda (Seksyen 304 (a) KK)

5) Mendera sampai mati, dan deraan tu kebiasaannya memang akan akibatkan kematian:

Hukum mati (Seksyen 302 KK)

Sumber: Mufarwa Farid