Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Aplikasi MySejahtera, MyTrace Diwujudkan Untuk Memudahkan Pengesanan Kontak

Gambar:BERNAMA

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi perutusan khas sebentar tadi menyatakan kerajaan telah mewujudkan aplikasi MySejahtera dan MyTrace bagi memudahkan pengesanan kontak.

“Dalam memerangi Covid-19, pengesanan kontak atau ‘Contact tracing’ adalah sangat penting. Petugas kesihatan mesti tahu siapa yang pernah berada dekat dengan orang yang dikenalpasti positif Covid-19.

“Untuk memudahkan pengesanan kontak, kerajaan telah mewujudkan aplikasi MySejahtera dan MyTrace. Saya harap anda semua mempunyai telefon pintar untuk muat turun aplikasi ini untuk membantu pihak Kementerian Kesihatan melakukan pengesanan kontak jika berlaku jangkitan baharu. Ini adalah tanggungjawab kita semua,” katanya.

Sumber: Majlis Keselamatan Negara