Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Apple Rancang Pasang Apple Watch & MacBook Di Kilang Di Vietnam

Apple
Gambar via Asharq Al-Awsat

Apple Rancang Pasang Apple Watch & Macbook Di Kilang Di Vietnam

Apple sedang dalam perbincangan untuk menghasilkan Apple Watch dan MacBook di Vietnam buat pertama kalinya, lapor Asharq Al-Awsat

Difahamkan, pembekal Apple China Luxshare Precision Industry dan iPhone Foxconn telah memulakan ujian pengeluarkan untuk produk Apple Watch dan Macbook di Vietnam Utara.

Menurut Asharq Al-Awsat, Apple juga telah memindahkan beberapa tempat pengilangan iPhone dari China ke pasaran lain termasuk India, dimana iPhone 13 dipasang pada tahun ini, dan merancang akan memasang tablet iPad kelak.

India yang merupakan pasaran telefon pintar kedua terbesar di dunia, bersama-sama Mexico dan Vietnam menjadi negara penting kepada pengeluar kontrak yang membekalkan produk jenama-jenama Amerika, dimana mereka sedang mempelbagaikan pengeluaran jauh dari China.

Minggu lalu, pemegang kontrak Foxconn Taiwan melakukan tinjauan semasa dengan lebih berhati-hati selepas mencatatkan keputusan diluar jangkaan disebabkan oleh permintaan telefon pintar yang agak perlahan berpunca dari pandemik.

Seperti pengeluar global yang lain, Foxconn, yang dahulunya dikenali sebagai Hon Hai Precision Industry Co. Ltd., terpaksa berdepan dengan kekurangan bekala cip yang teruk hingga menjejaskan pengeluaran. Keadaan ini antaranya berpunca daripada pandemik dan perang Ukraine yang menyekat laluan logistik.

BACA: Minat Sungguh Dengan Ikan Mentah, Adik Ni Siap Bawa Tidur Macam Bantal Peluk

Sumber: Asharq Al-Awsat, Nikkei, Reuters