Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Arab Saudi Dakwa AS Alih Sistem Pertahanan Udara Untuk Lindungi Israel

Athirah
Arab Saudi
Kredit: AFP

Arab Saudi Dakwa AS Alih Sistem Pertahanan Udara Untuk Lindungi Israel

Ketegangan di Asia Barat terus memuncak apabila seorang pegawai Arab Saudi mendakwa Amerika Syarikat (AS) meninggalkan sekutunya dan mengalihkan sistem pertahanan udaranya untuk melindungi Israel, lapor News 18.

"AS meninggalkan kami dan mengalihkan sistem pertahanan udaranya untuk melindungi Israel

"Mereka membiarkan semua negara Teluk yang menjadi tuan rumah pangkalan tentera Amerika terdedah kepada serangan Iran," ujar pegawai Arab Saudi.

AS melancarkan operasi ketenteraan besar terhadap Iran yang dikenali sebagai Operasi Epic Fury pada 28 Februari lalu.

Difahamkan, serangan itu menyasarkan lokasi-lokasi penting ketenteraan Iran termasuk fasiliti peluru berpandu, pangkalan tentera laut dan kawasan berhampiran pejabat Pemimpin Tertinggi, Ayatollah Ali Khamenei.

Qatar dan Arab Saudi berjaya memintas dron Iran

Pasukan paramilitari Pengawal Revolusi Islam Iran pada Isnin mengumumkan mereka telah menyasarkan pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu serta ibu pejabat komander tentera udara Israel.

Sementara itu, Qatar dan Arab Saudi memaklumkan bahawa mereka berjaya memintas dron Iran yang menyasarkan fasiliti tenaga dan pangkalan tentera.

Bagaimanapun, menurut News18, tiada kemalangan atau korban dilaporkan.

AFP memetik kenyataan Kementerian Pertahanan Qatar bahawa dua dron milik Iran menyasarkan sebuah loji jana kuasa dan sebuah fasiliti tenaga lain di negara itu pada Isnin.

Salah satu dron menyerang tangki air loji jana kuasa di Mesaieed, selatan Doha, manakala dron kedua menyasarkan fasiliti tenaga di Ras Laffan di pantai utara Qatar, yang merupakan tapak utama pengeluaran gas asli cecair (LNG) negara itu.

Sumber:News18